Isnin, 30 November 2015

FESYEN RAMBUT TERKINI

5 GAYA RAMBUT LELAKI PALING MELETOP UNTUK TAHUN 2015

BLOGFR

1) Bahagian atas yang bertekstur dan bahagian tepi yang agak nipis
Bahagian tepi yang agak nipis ini tidak akan pernah out of style jika anda mix ia bersama bahagian rambut atas yang bertekstur.
BLOG2
2) Fringe moden
Bahagian tepi yang agak nipis dengan bahagian rambut atas yang agak panjang. Gaya rambut ini sesuai buat si lelaki yang bermuka bulat bagi menampakkan kesan muka panjang.
BLOG3
3) Panjang yang sederhana
Rambut beralun boleh membuatkan rambut sederhana panjang kelihatan bergaya dan klasik. Dan, ia adalah mudah untuk mengubahnya dengan menambah produk yang berbeza.
BLOG4
4) Ditarik kebelakang
Boleh dipakai sebagai rupa klasik dengan sedikit panjang pada sisi atau lebih hipster mengikut kesukaan anda.
BLOG6
5) Bahagian atas yang panjang
Gaya rambut ini meletop pada tahun 2014, namun dijangkakan akan masih meletop pada tahun ini. Mungkin boleh digayakan dengan bentuk yang berbeza bagi menampakkan rupa lebih menarik.

FESYEN TAHUN 2015

Trend fesyen lelaki terkini

Assalamualaikum...
Kerjaya dan kehidupan adalah dua perkara yang sentiasa perlu kita seimbangkan. Kehidupan akan menjadi terabai jika terlalu mengejar kerjaya, begitu juga sebaliknya. Bagi Adamlee, kita seharusnya bijak dalam menangani keperluan kehidupan seharian. Tambahan sekarang ni kehidupan Adamlee yang perlu lebih memberi keutamaan kepada keluarga. almaklumlah kehidupan alam bujang sudah tamat. He3...

Pada pandangan Adamlee sebagai seorang lelaki, Penampilan adalah perkara yang paling asas perlu diberi perhatian dalam menghadapi kehidupan yang bekeluarga dan bekerjaya. Kenapa 'Penampilan'?... Penampilan adalah kunci utama kepada tahap keyakinan.

Lelaki masa kini sangat mementingkan penampilan dan bukan seperti dahulu lagi. Zaman mungkin sudah berubah begitu juga dengan pandangan stereotype yang kononnya lelaki masih ketinggalan dalam bidang fesyen jika hendak dibandingkan dengan wanita. Kini pandangan itu sudah tidak lagi boleh digunapakai. Lelaki urban semakin mempunyai cita rasa yang cukup baik dalam bidang fesyen selari dengan peredaran trend fesyen terkini. 

Mereka juga semakin bijak dalam menggayakan stail yang sedang popular. Pengetahuan lelaki dalam trend fesyen lelaki terkini tidak lagi boleh dipandang enteng. Perkembangan fesyen semasa untuk lelaki yang dilihat semakin berkembang maju juga adalah antara sebab mengapa kaum Adam semakin bijak bergaya. 

Namun jika hendak dibandingkan dengan wanita, lelaki masih lagi lebih bergemar untuk menggayakan sesuatu yang ringkas. Mereka masih tetap memilih untuk bergaya dengan stail yang minimal. Sebagai contoh pilihan pakaian yang masih dan akan terus popular sudah pasti ialah t-shirt dan seluar jeans. 

Mana-mana lelaki pun pasti akan mempunyai t-shirt dalam koleksi pakaian mereka. Ini kerana t-shirts adalah antara kegemaran mereka. Baju t-shirt dengan lelaki memang tidak dapat dipisahkan. T-shirt lelaki amat flexible kerana boleh dipakai hampir pada bila-bila masa sahaja. Ianya juga amat mudah untuk dipadankan dengan fashion item yang lain seperti seluar dan kasut. Bagi negara yang mempunyai iklim seperti cuaca, bukan lah sesuatu yang pelik mengapa koleksi t-shirt lelaki sentiasa terjual. Ini adalah kerana ianya adalah antara yang wajib harus ada dalam koleksi pakaian seseorang lelaki. 

Seluar jeans amat sempurna sekali untuk dipakai bagi mendapatkan penampilan yang santai ketika keluar  bersama rakan-rakan pada hujung minggu ataupun smart casual yang mana boleh dipakai ke pejabat. Sifatnya yang versatile turut memberikan peluang untuk lelaki menggayakannya dan mencipta banyak penampilan dengannya. Untuk gaya penampilan ‘layered’ anda boleh cuba memadankan seluar jeans anda bersama cardigan dan kemeja berlengan pendek. 

Ahad, 29 November 2015

TIPS MEMILIH PAKAIAN

Gambar Hiasan
Ha ha ha, tak pasal2 iolss jadi penasihat fesyen yang tak bertauliah pula hari ni, (hari ni jer ker, selama ni pun sama jer...tapi iolss pun ada penasihat fesyen juga...hik hik hik, siapa? itu rahsia). Ini semua rentetan kesinambungan entri INI. Demi menjawab soalan sahabat baik saya Eraz Fadli, kugagahi juga mencari informasi2 yang bersesuaian... he he he.... Untuk papa Zara dan juga lelaki2 di luar sana... ^_^...jenuh juga iolss nak translate bahasa Indonesian tu Malay yang tak berapa proper ni...ihiksss...

1. LELAKI TUBUH BERUKURAN PENDEK (atau dalam bahasa sopannya kita kata RENDANG lah yer)
Tubuh dengan ukuran pendek/rendang kadang2 dapat membuat kita kurang percaya diri untuk berpenampilan menarik, tapi dengan tubuh berukuran pendek/rendang uolss pun boleh tampil menarik asalkan memperhatikan tips2 berikut:

Hindari Menggunakan Seluar Pendek
Kerana jika uolss pakai seluar panjang/jeans model low rise dan straight leg ia akan dapat membantu uolss kelihatan lebih tinggi.

Gunakan Pakaian Dengan Motif Vertikal
Kerana pakaian dengan motif vertikal dapat memberi ilusi agar uolss tampak lebih tinggi.

Gunakan Kemeja Lengan Panjang
Kemeja lengan panjang juga dapat membuatkan uolss tampak lebih tinggi dibandingkan dengan kemeja lengan pendek.

Gunakan Seluar Dengan Ukuran Ngam2
Gunakan seluar yang berukuran ngam2 dan tidak berlebihan labuh yang akan membantu penampilan uolss lebih menarik meskipun dengan ukuran tubuh yang sedikit pendek/rendang.

2. LELAKI BERTUBUH BESAR
Ramai lelaki dengan ukuran tubuh yang besar merasa rendah diri dengan penampilannya, ada pula yang berniat berdiet ekstra so that badan boleh nampak ramping. For uolss yang mempunyai susuk tubuh yang besar, uolss jangan khuatir jangan risau... Tips2 ni untuk uolss....

Elakkan Pakaian Berwarna Terang
Menggunakan pakaian dengan warna terang bahkan shining membuatkan uols semakin nampak besar. Tapi kalau uolss pakai pakaian yang berwarna gelap so uolss akan dapat illusion effects yang menyebabkan tubuh uolss nampak ramping.

Gunakan Pakaian Dari Material Yang Ringan
Menggunakan pakaian dari material yang ringan juga dapat membuat uolss kelihatan lebih ramping dibandingkan dengan menggunakan pakaian dari material berat (tebal).

Hindari Penggunaan Kemeja atau Shirt dengan Padding
Pakaian macam ni akan nampakkan uolss lagi besar. Hindari menggulung lengan T-Shirt. Kalau uolss gulung juga dah nampak macam tukang pukul. Hu hu hu....

Pilih Jeans Yang Tidak Terlalu Ketat
If uolss pakai jeans dengan ukuran yang ketat, makanya nanti, dapat membuatkan kaki uolss kelihatan semakin besar. Gunakan jam tangan berukuran besar so that lengan tangan uols nampak lebih langsing.

3. LELAKI BERTUBUH TINGGI DAN KURUS
Ini cutting model, tapi ada masalah juga kadang2. Siapa kata tak ada masalah? Kalau pakai, pakaian yang tak kena gaya, nanti badan terlihat semakin kurus. So here the tips....

Gunakan Pakaian Berbahan Tebal
Pakaian yang dengan bahan yang tebal akan memberi efek yang membuatkan badan uols nampak semakin berisi atau berisi sikit. Oklah tu kan???

Gunakan Seluar Dengan Ukuran Sedikit Lebar
Ini adalah bagi menutupi bentuk kaki yang kurus kering tu, janganlah besar sangat nanti nampak tak kena atau macam kartun pulak. Bila pakai seluar yang lebar sikit ni, uols akan nampak lebih menarik. Jenis model jeans yang tepat digunakan ialah model Lower Cut.

Hindari Pakaian Warna Gelap
Pakaian warna gelap dapat memberikan ilusi yang membuatkan badan uolss nampak lagi langsing. Sementara warna terang menampakkan bentuk badan  yang berisi sedikit atau lebih berisi. So, jejaka2 di luar sana, yang bertubuh tinggi dan kurus, silalah pakai, pakaian dengan warna2 terang yer.... hik hik hik, janganlah striking sangat sampai orang sakit mata, tapi kalau nak ber-colour blocking pun apa salahnya. Muahahaha... ada apa, lelaki2 yang ber-colour blocking, bukannya tak ada....

TIP FESYEN UNTUK LELAKI

15 Langkah Mudah Berfesyen Untuk Lelaki

Pernahkah anda terfikir kenapa masih membujang? Kenapa anda masih tidak naik pangkat? Kenapa anda tidak menjadi seseorang yang penting sama ada di tempat anda belajar ataupun di tempat kerja? Mungkin kerana  penampilan anda. Jom kepada pengemar entry pages ini apa kata kita sama-sama melihat penampilan diri kita adakah penampilan kita telah kelihatan sempurna, macho,maskulin dan tampan bergaya.

1. Pilih pakaian yang fit - Benda utama yang akan menampakkan lelaki 'alert' dengan fesyen ni ialah cara memilih baju. Masalah utama kebanyakan lelaki ialah memakai baju yang lebih besar daripada badan. Pastikan memilih pakaian yang fit iaitu pakaian yang membuatkan badan anda rasa seolah dipeluk tapi bukan dijerut. Berhati-hati ketika memilih, fit bukan bermakna ketat.


2. Simple tapi smart - Apabila bercerita tentang fesyen, bukan bermakna anda perlu berpakaian seperti seorang artis. Pakai simple pun dah cukup. Amalkan mengayakan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna. Nak nampak menyerlah sikit pakailah blazer warna hitam atau putih yang fit. Pakai blazer tak semestinya kena pakai dengan kasut kulit dengan seluar slack. Pakai seluar jean pun boleh kena gayanya.

3. Santai bukan membosankan - Berpakaian santai bukan bermaksud pakai seluar pendek dengan singlet koyak. Cuba banyakkan membaca buku-buku fesyen atau melihat program-program yang bersifat santai di televisyen.


4.Pemakaian pastikan sepadan - Sentiasa pastikan anda berfesyen kena dengan gayanya. Duduk depan cermin fikir nampak pelik tak apa yang anda pakai. Kalau anda sendiri dah rasa pelik, apatah lagi orang kat luar sana. Sebagai contoh, anda pakai baju yang labuh tapi pakai seluar yang ketat ala-ala legging. WTF?

5. Tidak shopping berseorangan - Jangan amalkan keluar shopping berseorangan. Ajak member seorang pun jadilah. Tapi member bukan sekadar member, cari member yang boleh bagi pendapat jujur. Kata-kata member lagi boleh dipercayai berbanding penjual berkenaan.


6.Sentiasa peka - Jangan terlebih berfesyen kerana pasti akan buat anda nampak cacat, tapi jangan takut untuk berfesyen. Sentiasa fikir apakah event yang anda akan pergi. Kalau dah bercadang nak pergi ke tempat yang panas, takkan nak pakai sweater yang tebal. Jika anda pergi ke event yang dihadiri oleh bos anda, takkan anda nak nampak lebih menyerlah berbanding bos anda. Silap-silap bulan depan dapatlah surat berhenti kerja.


7. Jangan mengabaikan benda yang remeh-temeh - Lelaki biasanya akan menganggap bende remeh temeh seperti cara pemakaian scarf. Mesti akan kata, "Ah, bedal jelah...." Sebenarnya benda yang anda rasakan temeh tulah yang mampu memberikan impak yang besar.


8.Belanja lebih untuk kasut - Apa salahnya jika berbelanja lebih untuk sepasang kasut.  Tetapi jangan beli saja mahal-mahal, tapi tak tahu nak jaga.Tahukah anda kaum lelaki sekalian bahawa mata perempuan ni biasanya akan melihat kasut yang dipakai lelaki. Sama ada cantik atau tak cantik, bersih ke tak dan sesuai ke tak. Macam mana nak kagumkan teman wanita kalau kasut kotor. Kasut melambangkan identiti diri. Kotor kasut, pemalaslah anda.


9.Berhati-hati memilih t-shirt - Jangan amalkan memakai t-shirt yang mempunyai logo yang besar kerana anda akan dilihat seperti diupah oleh syarikat tertentu untuk menjadi papan iklan bergerak.

10.Jangan terikut pada trend - Jangan biasakan mengikut sangat trend masa kini kerana trend tidak akan kekal lama. Kekal dengan citarasa yang anda suka. Kerana tak guna kalau membeli pakaian mengikut trend semasa tetapi jarang pakai.


11.Jangan beli kerana brand - Sebelum anda beli sesuatu pakaian, pastikan anda bertanya kepada diri sendiri sama ada anda membeli kerana brand pakaian tersebut atau kerana nampak smart. Biar beli pakaian yang murah tapi smart berbanding beli pakaian mahal tapi buruk macam kain lap kat dapur.


12.Teruskan membentuk image tersendiri - Cuba bentuk style anda yang tersendiri. Bukan bermakna anda menjadi the next lady gagap tetapi jadi seseorang yang kalau disebut saja nama anda, kawan-kawan akan mula berfikirkan tentang cara pemakaian anda.


13. Jangan malu untuk meminta pendapat - Rajin-rajinkan diri untuk bertanya dengan orang terdekat sama ada apa yang anda pakai itu nampak smart atau sebaliknya. Tapi mestilah bertanyakan kepada orang yang boleh memberi pendapat dengan sejujurnya.


14.Pastikan muka bersih dan kemas - Perhatikan wajah anda, terutama sekali pada janggut. Ada nampak terurus? Bulu hidung tu ada terkeluar-keluar? Sideburn tu ada nampak macam Elvis Presley? Pastikan muka nampak bersih dan kemas, buang segala bulu roma yang dirasakan menyemak. Pemilihan pencukur juga amat penting.


15.Bereksperimen dengan gaya - Jangan takut untuk memakai sesuatu yang baru. Jika selalunya anda pakai baju yang gelebeh, cuba pakai baju yang fit untuk nampak lebih tegap. Jika selalu anda sikat rambut ke hadapan, apa kata sikat rambut ke belakang untuk nampak lebih bertenaga dan berani. Semuanya terletak pada keberanian anda dan bukannya kepelikkan anda.